Kehidupan dalam Separa Cahaya
Siang dan senja silih berganti,Angin mungkin kan lena, alam seakan menari,
mencipta seribu keindahan dan ketenangan.
Tiada apa yang hilang,
Segalanya masih tersimpan dalam separa cahaya itu.
Nikmatilah ia sementara ia wujud disitu,
Kerana jika kau terdorong ke cahaya terang itu,
Kelak kau akan kehilangan arah mu.
Senja itu akan membawa dirinya dan terus menghilang,
Kau teruskan kehidupanmu dalam separa cahaya itu,
Bukan lagi sebagai selimutmu tetapi sebagi KAFANmu.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home